Assalamualaikum….

Resepinasiayam.net Beberapa hari yang lepas, mama bagi Qaireen dan Hasya makan nasi di rumah kenduri. Nasi berlaukkan kari ayam. Ya Allah sangat2 mama tak sangka, rupa2nya anak2 mama suka makan kari! Hasya makan sampai “buncit” perutnye..haha. Qaireen pulak sampai 4 pinggan hokey! Macam mama tak bagi makan 1 tahun. Punyelah diaorang suka dengan kari. So disebabkan anak2 mama suka kari ayam. Maknanye setiap minggu mama kena masak kari ayam sedap lah kan? huk..huk..

Lepas masak, macam biasa mama pun share dekat IG dan FB. Lepas tu tak sangka ada pulak kawan mama minta resepi. So disebabkan tak nak hampakan harapan kawan mama tu (cehhh harapan lah sangat..hehee). Hari ni siap 1 entry bertajuk Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah. Haaaaa..kena ada sedap, kalau tak sedap tak de sape nak baca. Kena ada mudah pulak sebab kalau susah ramai pulak yang malas nak masak. opssss! 😛

Cara Membuat Kari Ayam Spesial

BAHAN-BAHAN :

  • ayam – saya ambil dua belah paha potong sederhana.
  • 1 biji ubi kentang – belah 4
  • Santan KARA 1/2 kotak ( Lagi sedap santan original ) – santan KARA je stok dalam rumah selalu.
  • Garam sikit
  • Gula secukup rasa
  • penambah perisa

Baca Juga : 

BAHAN KISAR/ TUMBUK

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

BAHAN TUMIS

  • 4 sekawan – pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang (Serba 3 semuanya kecuali kayu manis ambil setengah batang saja)
  • 1 biji bawang merah ( hiris nipis)
  • 1 ulas bawang putih ( hiris nipis )
  • 1/2 inci halia ( hiris nipis )
  • 2 tangkai daun kari

PASTE REMPAH

  • 3 sudu besar rempah kari Allagapas + bahan tumbuk/kisar tadi + air sedikit. Kacau sebati.

CARA MENYEDIAKANNYA :

  1. Panaskan minyak cukup untuk menumis bawang dan rempah nanti.
  2. Masukkan bahan tumis. Saya masuk sekali gus. Kacau hingga bau harum.
  3. Masukkan paste rempah tadi. Kacau hingga garing. Guna api perlahan dan kacau jangan sampai hangus nanti gulai rasa pahit.
  4. Sesudah rempah naik minyak, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan air sedikit dan kacau.
  5. Masukkan kentang dan kacau sekejap.
  6. Masukkan santan dan kacau. Masukkan air.
  7. Perlahankan api semula dan biar hingga pecah minyak. Lama juga nak tunggu minyak naik..
  8. Apabila sudah pecah minyak, bolehlah angkat dan hidang dengan nasi putih.

Petua nak masak Kari Ayam Sedap ni..

  • Tumis rempah dengan api yang pelan dan biar sampai betul2 garing
  • Guna banyak bawang merah dan rempah
  • Kentang akan pekatkan kuah, so kalau nampak macam pekat sangat..anda boleh tambah air
    kentang serap air dan garam, pastikan anda letak garam akhir sekali.
  • Jangan terus letak air dengan banyak, letak sedikit demi sedikit. (1/2 cawan)

Kari Ayam ni kalau ikut selera mama, makan dengan nasi..mama suka cair sikit. Macam dalam gambar di atas sekali tu. Kalau makan dengan roti jala bagi pekat sikit..baru terangkat!

Lepas ni bolehlah korang try Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah mama ni yek. Selamat mencuba!! ^__^

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi ‘Ferrero Rocher’ Buatan Sendiri Yang Pasti Buat Tetamu Tersenyum

Pencarian resepi :

Resepi Kari Ayam Sedap Dan Mudah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *