Resepi ‘Ferrero Rocher’ Buatan Sendiri Yang Pasti Buat Tetamu Tersenyum Setiap kali pergi ke supermarket ataupun Guardian mahupun Watsons pasti akan dibeli Ferrero Rocher. Mungkin sekali sekala bolehlah beli tapi kalau setiap hari, mahu kopak beg duit. Kita sedia maklum dengan harganya yang agak mahal malah ferrero rocher boleh dikategorikan sebagai coklat ‘luxury’.

Anda pernah terfikir tak nak buat sendiri? Kalau ye, ini buah tangan untuk anda sebab Wanista baik hati nak kongsi resepi Ferrero Rocher. Buat sendiri boleh makan banyak kali. Yeayyyy!!!

Resepi Biskut Ferrero Rocher

BAHAN-BAHAN

  • 250g butter
  • 15g gula kastor (saya guna gula icing)
  • 1 biji kuning telur 30g serbuk roti
  • 100g serbuk badam
  • 100g tepung jagung
  • 300g tepung biskut
  • 250g badam cincang (dipanggang)
  • 300g coklat masakan (dicairkan)
  • 1 biji putih telur

CARA MENGADUN

  1. Sebatikan butter, gula icing dan kuning telur
  2. Pukul bahan ini hingga kembang dan gula hancur
  3. Campurkan tepung jagung, tepung biskut, serbuk badam dan serbuk roti. Masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit. Uli sebati
  4. Bulatkan doh kecil-kecil dan salutkan dengan putih telur dan badam cincang
  5. Bakar hingga masak.
  6. Setelah sejuk golekkan dalam coklat masakan, biarkan keras dan boleh dihidangkan.

notes ; boleh juge masukkan sebiji kacang almond @ kacang hazel nut di dalam biskut.
Selamat Mencuba..

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Nasi Minyak Malaysia yang Mudah dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi ‘Ferrero Rocher’ Buatan Sendiri Yang Pasti Buat Tetamu Tersenyum

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *