Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor-Kalau tanya mana-mana orang Jawa pun, confirm depa pakat bagitahu tak kisahlah ko masak ayam ungkep tu macam mana, gerenti sedap punya!haha.Dah sah-sah ayam masak ungkep ni ibarat signature dish kebanyakan geng-geng jawa seantero Malaya.

Orait, resepi ayam ungkep yang saya nak kongsikan hari ini bukanlah saya mahu menafikan resepi ayam ungkep korang yang pastinya the best, cuma kali ini akhkak nak kongsi cara masak ayam ungkep style akhkak gitu.

Manalah tahu ada anak-anak dara kat luar sana, yang bakal jadi menantu wong jowo, nak tak nak korang kena belajar dan hadap segala mak nenek lauk-pauk berasaskan ungkep ni okey!kihkih. Nasiblah..

Sebelum tu, Cikgu nak kongsikan dulu, kenapa kita panggil masakan ini style ungkep, sebab cara masak hidangan tersebut yang perlukan kita supaya ungkep ( istilah jawa yang membawa maksud direnih atau direbus dengan bahan perapan tertentu sehingga ayam menjadi empuk dan lembut). Kejap lagi akhkak tunjuk macam mana akak ungkep ayam tu ya..:)

Resepi Ungkep Ayam

Bahan A

  • 10 ketul bahagian ayam
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan tumbuk/kisar)

  • 5 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili api (ikut suka)
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan jintan manis

Cara Memasak:

  1. Perapkan ayam dengan garam dan kunyit dan tumbuk/kisar semua bahan B sampai agak lumat. Kak bell prefer tumbuk sebab lagi sedap dan takde air masa menumis.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai naik minyak dan bau. Masukkan serai dan kacau seketika. Gerenti bau wangi sebab bahan rempah tadi!
  3. Masukkan ayam dan gaul rata sampai ayam kecut dan sedikit masak.
  4. Tambahkan air dan asam keping. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau nak pedas tak payah tambah gula.
  5. Kacau dan biarkan sampai kuah kering. Kalau nak berkuah pun boleh. Kalau suka, boleh tambah sikit kacang panjang. Bila ayam dah masak dan empuk bolehlah matikan api.

Rahsia Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor

Lain orang jawea, lain cara masaknya.Kalau ikut resepi mak saya sendiri masak, ayam ungkep ni memang tak letak serbuk kari dan cili kering.Mak saya hanya gunakan ketumbar dan mungkin jintan dan juga bahan lain yang saya guna kat atas tadi.saya tak ingat pulak.

Ayam ungkep yang saya masak ni, saya ikut style mak mertua saya.Asalnya Encik Suami yang ajar masak ungkep ni, bila dah pandai sikit-sikit, saya kongsilah kat sini.hehe.Rasanya, insha Allah memang sedap dan menjilat jari.kihkih.

Kalau korang tak pernah cuba lagi masak ayam ungkep dengan style yang akak ajar, cubalah.Manalah tahu yang ini lagi sedap dari yang korang pernah makan..ya tak?Sebenarnya, selain ayam, kita juga boleh masak daging ungkep, kerang ungkep dan lain-lain yang sesuai.

Selain makan dengan nasi, ayam ungkep ni juga sedap dimakan dengan nasi himpit, lemang, ketupat palas dan pulut.Ikut koranglah nak makan macam mana.Satu lagi istimewanya ayam ungkep akak ni tak letak santan, jadi memang tahan lama sikitlah kan.

Orait, thanks baca entry ni.Semoga dapat beri manfaat kepada geng-geng mak dara dan anak dara yang suka belajar masak-masak.yeahh.

Sampai jumpa lagi!Doakan saya pandai masak yang sedap-sedap untuk family saya ya!

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Ayam Masak Lada Hitam Sangat Sedap

Pencarian resepi :

Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *