Sayap Ayam Bakar Madu Sedap Ok. Nama resepi pun dah buat rasa terliur. Ingat lagi bila pergi beli ayam panggang madu kat pasar malam yang sedap tu, mesti je habis awal. Takpun tinggal bahagian yang kecik-kecik je. Pakcik ni nak berniaga ke tak? Hahaha. Tapi makin lama makin kecik dah ayam yang dia jual dan last-last pindah beli ayam goreng yang lagi besar kat tempat lain.

Ok, ini resepi yang dah diubah suai dari pelbagai resepi yang ada.

Bahan Bahan:

  • 500 g sayap ayam
  • 2 siung bawang putih, parut
  • 1 sdt garam

Perendam:

  • 50 g bawang bombay cincang halus
  • 3 siung bawang putih, cincang halus
  • 3 sdm saus tomat
  • 50 ml air jeruk lemon
  • 2 sdm madu
  • 1/2 sdt merica bubuk
  • 1 sdt garam

Resepi Sayap Ayam Bakar Madu

Read More :

Cara membuat:

  1. Remas-remas sayap ayam dengan bawang putih dan garam hingga rata.
  2. Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga seluruh airnya keluar dan sayap agak kering. Angkat dan tiriskan.
  3. Aduk sayap ayam dengan bumbu Perendam hingga rata. Diamkan selama 1 jam.
  4. Taruh sayap ayam dalam pinggan tahan panas. Panggang dalam oven panas 180 C selama 45 menit hingga sayap ayam empuk.
  5. Angkat. Sajikan hangat.

Catatan

bakar guna kuali ajaib dan lebihan bahan perap yang mat panaskan hingga pekat, dan tambah sedikit madu. Kacau rata dan guna untuk menyapu pada permukaan ayam. Lumur juga sedikit mentega atau marjerin pada ayam sebelum dibakar..
Selamat Mencuba…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Nasi Minyak Malaysia yang Mudah dan Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Ayam: Sayap Ayam Bakar Madu Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *