Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Siapa suka biskut mama carries? Tak raya pun buat biskut sebab teringin nak makan biskut mama carries. Macam dah lama sangat dah tak makan biskut ni. Eh Mama carey ke mama carries? Yang penting biskut ni boleh menyebabkan caries gigi :p

Biskut mama carries ni antara biskut yang BW suka makan time kecil dulu. Orang kampung pun ramai yang hidang biskut ni time raya. Ini kali ketiga BW buat biskut mama carries. Dua kali sebelum ni time sekolah menengah sekadar bantu bakar dan mencorak sajer.

Biskut mama carey carries sedap, Kali ni buat biskut mama carries sorang-sorang. Leceh bebeno, naik give up jadinya. So kepada adik-adik yang baru nak mencuba buat biskut, disarankan jangan mencuba biskut ni especially kalau buat sorang-sorang :p

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 48

Bahan-Bahan:

  • 200 gm mentega, premium Anchor butter
  • 100 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla
  • 260 gm tepung red rose atau tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 50 gm susu tepung*

Resepi Biskut Mama Carey Sedap

Baca Juga :

Bahan untuk aising:

  • 1 biji telur putih
  • 90g gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Pukul mentega (suhu bilik) bersama gula sehingga putih berkrim, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
  2. Ayak bahan bertanda *. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh seketika didalam peti ais, anggaran 10-15 minit.
  4. Keluarkan doh dan terap dengan acuan kegemaran.
  5. Susun dalam dulang pembakar yang telah di gris atau dilapik dengan baking paper. Bakar kuih selama 10-15 minit, atau separuh masak pada suhu 160 celcius. Sejukkan.
  6. Paipkan atas biskut dengan aising dan corakkan/lorek atas biskut menggunakan chocolate emulco. Bakar kembali selama 7-8 minit.

Cara-cara untuk aising:

Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

Selamat Mencuba,,,

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Ayam: Sayap Ayam Bakar Madu Sedap

 

Pencarian resepi :

Resepi Biskut Mama Carey Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *