Assalamualaikum … Salam manis buat semua teman-teman

dah lama nak buat bangkit ni, kuih tradisi zaman mak2 dulu tp tak confident. jadi timbul sedikit keberanian nak mencuba lak, Bahan2 pun senang dan skit je, Jadi apa kata tahun 2017 ni kita buat biskut bangkit ramai2 bagi edisi mengabihkan tepung ubi…ehehehehe

Masa:

Penyediaan: 1 Jam | Memasak: 25 Minit | Keseluruhan: minutes

Jumlah Hidangan : 20

Bahan-Bahan:

  • 330gm tepung ubi
  • daun pandan
  • 30gm shortening
  • 130gm gula icing
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 130ml santan pekat
  • secubit garam

Resepi Biskut Bangkit Sedap

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali goreng tepung ubi dgn daun pandan dgn api kecil sehingga tepung ringan(sedikit kekuning2an)
  2. Kemudian ayakkan tepung dan dibiarkan sejuk.
  3. Pukul gula icing dan kuning telur sehingga ringan dan berkrim dan gula benar sebati
  4. Masukkan 100 ml santan dahulu dan puku rata lagi
  5. Masukkan tepung ubi tadi kedalam mangkuk adnan tadi,tambahkan sedikit garam dan perlahan2 menguli sehingga doh tak melekat pada tangan
  6. Tambahkan santan sedikit demi sedikit bila perlu
  7. Tutup doh dgn kain lembab,dan rehatkan selama 30 mnt
  8. Terapkan doh menggunakan acuan yg sesuai dan boleh lah dibakar pada suhu 170’c lebih kurang 20-25 minit atau sampai masak mengikut oven masing-msing

Nota maklang :

Jika tak pasti dah masak ke belum, bila makan seketui rasa basah2 kat tengah biskut tu maknanya lom cukup masak, bakarlah lagi atau lebih mudah biar ada kaler coklat2 skit kat biskut tu tandanya dah cukup bakar.

Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Kari Ayam Sedap dan Mudah

Kongsi Resepi Biskut Bangkit Sedap Yang Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *