Assalamualaikum…

resepinasiayam.net Bertemu lagi pagi Khamis yang cerah & ceria….. Semoga semuanya ceria2 saja sebagaimana cerianya sang mentari menyinarkan cahayanya…
Resepi yang masih berkaitan dengan telur!! Inilah dia kuih yang kakak idam2 sangat sejak sekian lama dulu.. baru sekarang ibu tunaikan. Sebenarnya ibu dah tunaikan permintaan kakak suruh buat Baulu dulu… cuma yang ibu buat dulu tu Baulu Senyum… nampaknya masih tak menepati kehendak kakak Dini.. hehehehe…

Ok jom tengok resepinya!

 Kuih Bahulu

Bahan-Bahan:

  • 3 Kuning telur
  • 4 putih telur
  • 100gm gula
  • 1/2 suduh teh esen vanila.
  • 100gm tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi
  • 1/4 teaspoon baking powder

Read More : 

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum dan tepung ubi bersama baking powder.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang dan tambah esen vanila.
  3. Campurkan tepung yang diayak dengan adunan telur. Kacau rata
  4. Panaskan oven kepada 250 darjah
  5. Sapu acuan dengan minyak (untuk mencegah bahulu dari melekat) dan sudukan adunan ke dalam acuan.
  6. Bakar selama kira-kira lima minit.

Tips mesti baca :

  • Gula & tepung elok dibakar dahulu dalam oven sekejap untuk panaskannya sedikit.
  • Tepung hendaklah diayak dahulu.
  • Acuan bahulu hendaklan dipanaskan dahulu dalam oven selama 10 mnt dgn diisi minyak penuh acuan untuk membuatkan ianya tak melekat semasa membakar bahulu nanti. Bila mula nak membakar bahulu nanti tuangkan semua minyak ke dalam bekas lain
  • Lenserkan acuan dengan minyak tiap kali hendak masukkan adunan dalam acuan.
  • Acuan juga mestilah sentiasa panas supaya bahulu tak melekat.

Selamat mencuba!

Blog iniRead More:  menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Resepi Satay Ayam Sedap dan Mudah juga Simple

 

Pencarian resepi :

Resepi Kuih Bahulu Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *