Assalamualaikum teman2.

Saya peminat makanan Jepun, terutama sekali Ayam Teriyaki.

Dek minat memasak, saya nak cuba buat ayam teriyaki di rumah. Cari punya cari, tiada pula sos perapan teriyaki yang HALAL.

Ini ialah kerana antara bahan utama sos teriyaki ialah sake dan mirin

Maka terciptalah resepi ikut tekak sendiri, hasil dari perbandingan fakta nutrisi pada bahan-bahan pembuatan sos teriyaki. Saya tambahkan madu untuk manis yang sama dengan teriyaki asal, namun kurang kandungan glukos dalam masakan.

Semoga resepi ini dapat membantu peminat makanan Jepun dan juga yang sukakan kelainan dalam menu harian.

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 2 keping dada ayam
  • 1/4 cawan kicap soya cair
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar parutan halus halia
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang atau gula putih
  • sedikit minyak masak
  • bijan
  • daun bawang
  • cili merah, jika suka

Resepi Ayam Teriyaki Mudah & Sedap

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
  2. Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
  4. Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
  5. Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
  6. Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.

Tips:

  • Alaskan kuali dengan pembalut aluminium agar kulit/isi ayam tidak melekat ketika memanggang
  • Jika tiada serbuk bawang putih & halia, boleh diganti kepada bawang dan halia mentah yang telah dikisar halus

Selamat coba resep ayam teriyaki, bila menyenanginya silahkan sharing dengan rekan-rekan kamu lewat social media yang kamu miliki.

Sekian artikel ini kami akhiri, kami berharap artikel ini bisa berguna untuk rekan-rekan kita semua.

Blog iniRead More:  menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Resepi Buttermilk Chicken yang ringkas dan sedap!! Teman Berbuka Puasa

Kongsi Resepi Ayam Teriyaki Mudah & Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *