Assalammualaikum w.b.t

Konnichiwa rakyat Malaysia yang tak kira berada di mana sahaja. Entry kali ini adalah resepi buttermilk chicken yang ringkas dan sedap. Ohoi! panjang nya lahai tajuk. Bukan apa, selalunya kan saya akan search kat google spesific macam tuh. Hahaha! jadi tajuk pun mesti seiring dengan kehendak yer puan-puan sekalian.

Baiklah semua. Jom kita check bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak .

Apa yang korang perlukan adalah :

Ayam Buttermilk

Masa:

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 5 orang

Baca Juga : 

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk ayam buttermilk:

  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Alhamdulillah. Selesai perjuangan kita kan? Sekian.

Selamat bercuti panjang semua. Untuk yang memandu, hati-hati di jalan raya.

Selamat Mencuba…

Blog iniRead More:  menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Kongsi Resepi Begedil Ayam Sedap juga Simple

Pencarian resepi :

Resepi Buttermilk Chicken Yang Ringkas Dan Sedap!! Teman Berbuka Puasa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *