Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari ni saya buat begedil lagi gara2 sedap sangat masa makan kat rumah mak minggu lepas. Resepi ni ringkas je, tapi rasanya sungguh sedap sekali. Biasalah kalau resepi dari mak ni, walau seringkas mana pun ianya tetap sedap dan buat kita teringat2 je.

Di sini saya nak kongsikan bersama resepi begedil yang sangat sedap. Pada kawan2 yang nak merasa tu, bolehlah cuba. Begedil ni sedap dimakan bersama soto ataupun mee sup. Lebih sedap lagi di makan begitu saja..memang tak perasan berketul2 masuk mulut. Jomlah semak resepinya…

Resepi Begedil Ayam Sedap!

Bahan-Bahan:

  • 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  • 150 gram daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar, didadu kecil
  • 1 pokok daun sup, hiris halus
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak untuk menggoreng

Bca Juga : 

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak ayam:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
  2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam.

Cara untuk masak begedil:

  1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.
  3. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.
  5. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

Selamat Mencuba!.

Blog iniRead More:  menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak – Teman Berbuka Puasa

Kongsi Resepi Begedil Ayam Sedap Juga Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *