Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Resepinasiayam.net Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja

Jom buat popia nestum, super duper senang ok

Resepi Biskut Popia Nestum Rangup

Bahan-bahan

  • 1 bungkus popia
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula – kisar halus
  • 1 cawan nestum – kisar halus
  • Lidi satay
  • Telur
  • Minyak masak

Cara membuat biskut popia nestum

  1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.
  2. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
  3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Apabila sudah sejuk, tabur,horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.

sedap, sedap, sedap….

Baik la jika sudah berkenan dengan biskut raya ni…boleh la salin resepinya di bawah tu yer…

selamat mencuba…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!

Pencarian resepi :

Resepi Biskut Raya Terkini Biskut Popia Nestum

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *