As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.

resepinasiayam.net Ayam adalah contoh masakan yang mudah dan cepat. Ia juga antara menu kegemaran kanak-kanak. Ditambah lagi dengan kuah masak manis. Anak -anak pasti sukakan menu gini. Stress kan kalau masak tapi anak-anak tak mau makan. So nak senang, kita masak menu ikut selera mereka. Tak membazir dan kita pun tak stress. Tak de lah nanti kedut cepat ada. Alahai kedut-kedut, kalau kat brownies cake cantiklah..Hehee..

Kalau nak tahu, menu masam manis nie adalah menu yang paling kerap aku masak masa baru-baru kawin. Dah ini aje yang aku reti dolu. Hahaa… Pecah tembelang!

Jom tengok resepi Ayam masam manis

Resepi Ayam Masak Masam Manis

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bahan-Bahan:

  • 2 keping dada ayam (dipotong kecil)
  • 3 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos cili
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak
  • lada paprika

Bahan Kisar

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 2 biji lada besar
  • 1 btg serai (diracik)
  • air asam jawa

Cara Memasak:

  1. Goreng ayam setengah masak, angkat dan tinggal sedikit minyak untuk menumis.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan gula, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  3. Goreng rata dan masukkan ayam serta biar seketika.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan masukkan lada paprika. Siap untuk dihidangkan.

Senang kan…?? Kalau nak kuah banyak sila gandakan sukatan dan boleh ditambah air jika terlalu pekat. Ikut citarasa masing-masing juga

Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Biskut Raya Terkini Biskut Popia Nestum

Kongsi Resepi Ayam Masak Masam Manis

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *