Resepi Daging Masak Kerutuk Ringkas : Satu perasaan lega dapat saya rasakan bila saya mula mengumpul resepi-resepi yang dah lama terkumpul di dalam buku resepi ke dalam blog tersayang ni. Rasa lebih selamat dan senang diakses . Maklumlah buku resepi ada risiko hilang dan rosak berbanding dengan blog ni insyaAllah. Sudah ada dua tiga buah buku resepi yang sentiasa saya bawa walau ke mana saya pergi berjalan terutama sekali bila balik kampung. Sentiasa mencatat semua jenis masakan dan makanan baru atau sukar ditemui yang saya nikmati dan saya pula jenis muka tidak malu untuk bertanya cara bagaimana masakan di disediakan..hehehe

Resepi hari ni merupakan menu kebanggaan orang-orang kelate. Tetapi macam biasalah ada pelbagai versi ramuan dan juga cara memasak. Apa yang saya tulis ini merupakan versi keluarga saya yang mudah dan ringkas. Mek saya lebih gemar memasak kerutuk daging. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Kerutuk Daging

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg daging – potong ikut citarasa masing,bersih dan toskan
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • rempah ratus secukupnya – 2 kuntum bunga lawang,3 kuntum bunga cengkih,1 batang kulit kayu manis,3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 biji cili merah – dipotong memanjang
  • sedikit air jika perlu

BAHAN KISAR TUMBUK :

  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara Menyediakan

  1. Masukkan rempah kerutuk,bahan yang dikisar serta cili boh ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
  2. Panaskan minyak dalam periuk.
  3. Masukkan bawang besar yang dimayang,rempah ratus dan tumiskan hingga naik bau.
  4. Kemudian,masukkan bahan no 1 tadi dan tumiskan lagi hingga naik minyak.
  5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya pekat. Masukkan air jika perlu.
  6. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka,cili merah dan juga kerisik.Gaulkan sebati.
  7. Siap untuk dihidang.

Dah siap..senang je, jangan kecut perut tengok langkah-langkah tu hehehe. Macam kita masak kari je kan?.Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai. InsyaAllah bolehhh. Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Nasi Tomato Pilihan Simple & Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Daging Masak Kerutuk Ringkas Juga Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *