Yang ingin saya bagikan disini adalah resepi nasi tomato mudah dan sedap di mata dan di lidah. Masakan ini merupakan salah satu tradisi masyarakat Melayu di negeri-negeri Malaysia, terutama sangat di Pahang. Biasanya nasi ni jadi satu menu wajib kalau lauk ayam masak merah untuk makan sekeluarga je. Sebenarnya dah lama nak masak nasi ni.

Resepi nasi tomato ini boleh jadi tukar selera dari makan nasi putih bila nak makan nasi yang ada perasa. Selain untuk majlis biasa, resepi nasi tomato mudah dan sedap ni sangat sesuai bila disantap di hari raya dan berbuka puasa. Inilah salah satu menu berbuka puasa kami. Yang pasti ianya sedap dan mengenyangkan buat kami sekeluarga yang berpuasa seharian.

NASI TOMATO

Bahan-bahan ( 4~5org )

  • 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
  • 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)- mama letak dlm 8 sb
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 160g tomato puree (dlm tin)- mama guna tomato paste dlm botol,letak dlm 5 sb
  • 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)- guna kiub je
  • daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)

Bahan dikisar:

  • 2 ulas bawang putih,
  • 3 ulas bawang merah dan
  • 1 hiris halia

Cara-cara

  1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
  3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
  4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
  5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.

Demikian resepi nasi tomato mudah dan sedap yang bisa saya kongsikan. Nasi tomato boleh digandingkan dengan lauk lain. Garenti sedap bila anda sudah cuba resepi ni. Anda boleh nambah acar, daun saderi atau bawang goreng di atasnya bila nak buat makin sedap. Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Ayam Masak Masam Manis

Kongsi Resepi Nasi Tomato Pilihan Simple & Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *