Nasi daging memang sinonim dengan orang utara. Kalau dulu lah kan, tanya orang luar Kedah, mungkin tidak tahu. Tapi jangan pelik kalau ada orang Kedah pun tak tahu nasi daging ni. Mungkin sebilangan kecil sahaja. Tapi, itu dulu.

Orang zaman sekarang, untung banyak. Boleh tanya pak cik Google ja. Jangan kata orang Kedah, orang luar Kedah pun dah pandai buat haa. Siap boleh buat menjual lagi tau. Tapi sebagaimana kita nak nasi kerabu hasil tangan orang Kelantan dan nasi dagang hasil tangan orang Terengganu, sama lah macam nasi daging ni.

aku dulu pun memang tak tahu. Cuma ingat mak pernah buat. Tapi di zaman ‘tak ambil tahu’, hanya tahu makan saja. Bila dah kahwin, dah pandai masak sendiri, kena lah ambil tahu. Sesekali datang mood nak tukar selera nak makan selain dari nasi putih, apa salahnya cuba nasi daging.

Seperti nama nya lah, nasi daging adalah nasi yang dimasak dengan daging. Seperti mana usul asalnya, ia hanya dia makan dengan air asam. Tiada lauk tambahan lain. Senang kan. Orang ‘paling rajin’ pun boleh buat nasi ni. hehe. Tapi nak dapat yang paling sedap, bukan senang ooo. Kalau tanya 10 orang lama yang tahu nasi daging ni, akan ada 10 macam resipi. Tak beza banyak mana pun ramuan nya, tapi masing-masing ada rahasia sendiri nak bagi sedap. Jadi, kali ni aku nak pecah salah satu rahasianya.

Ok jom tengok resipi Nasi daging Paling Sedap di Dunia

Resepi Nasi Daging

Bahan-Bahan Nasi Daging

  • 1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis / 600 gm
  • 1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan / 3 cwn
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak / saya kurang
  • 3 s/b planta
  • 1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar / sos tomato jer
  • 3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
  • sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak .. tak letak
  • sedikit gula batu – saya letak gula melaka… hihihi.. suke ati jer..
  • garam secukup rasa
  • sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

Baca Juga : 

Bahan tumis :

  • 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
  • sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
  • 3 helai daun pandan
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 labu bawang besar – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 3 cawan air

Cara :

  • Panaskan minyak masak dan masukkan planta
  • Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
  • Masukkan bahan yang dikisar
  • Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
  • Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
  • setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
  • Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
  • Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

AIR ASAM

  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging 🙂

Bahan Hiris

  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

SIAP!! Senang ja kan??

Takut kolestrol? Owh, daging kan. Jangan risau. Tiada masalah lah. aku cadangkan ambil Set Kolestrol, gabungan Phytocol-ST & OmegaGuard Shaklee. Gabungan kedua-dua rakan baik ni boleh menghalang kolestrol jahat menempek dalam pembuluh darah & boleh juga untuk buang kolestrol sedia ada. Melancarkan pembuangan air besar juga. Anda boleh order set kolestrol dan pada masa yang sama boleh makan nasi daging tanpa perlu risau kolestrol! Untung ke tidak? hehehe.

Selamat Mencuba!

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Nasi Pakapau yang Simple Juga Berkhasiat

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Daging Paling Sedap Di Dunia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *