Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup Atau Resepi Ayam Pop Corn Hari ni cuti jadi kena buat breakfast.. dah lama tak buat pop corn chicken jadi hari ni aku try buat cara lain sikit. Ape yang lainnya? iaitu aku guna nestum untuk salut Ayam goreng tu. Selalunya pakai tepung gamdum + serbuk kari sikit tapi check dapur serbuk kari dah habis plak jadi aku try pakai nestum… hmmm lagi rangup lah.. Dhia pun suka

Aku tak de niat pun share tapi sebab menjadi jadi aku share la ye cuma xde ls pic step by step.. tapi jangan risau x susah pun sebenarnya..

Baiklah kita ke Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup Atau Resepi Ayam Pop Corn

Resepi Ayam Popcorn

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm dada ayam | dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih| dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan tepung
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 biji telur | dipukul
  • 3 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.
  2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.
  3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.
  4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.
  5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.
  6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.
  7. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

kelemahan resepi ni ilah bila sejuk dah tak garing… 🙁 jadi hanya sesuai makan panas-panas hokey.. selamat mencuba resepi yang sihat ni hehe 😛

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Jom Resepi Bistik Ayam Sedap Juga Simple

Pencarian resepi :

Resepi Ayam Goreng Tepung Rangup Atau Resepi Ayam Pop Corn

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *