Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Jom Resepi Bistik Ayam Sedap Juga Simple Menu ni adalah menu 2 hari lepas. Tak sempat nak update pd hari tu. Maklumlah kan…dah nak dekat raya ni mcm2 benda nak buat. Tapi kukis belum start lagi ni. Ingat nk buat hari ni ler kalau rajin. Nak buat yang simple2 jer.

Tak laratlah nak buat banyak2. Satu atau 2 jenis pun dah cukup. Yang penting sekali biskut tu sedap dan bdk2 suka makan. Lepas tu barulah dpt buat kek. Memandangkan raya puasa tahun ni yang tak balik Srwk (balik raya haji, Insyallah), jadi, kuranglah sket beban nak buat kek ni…hehe. Kalau tak, dah pasti kena buat sampai 7-8 jenis kek…tak larat wooo, mau tak tido malam dibuatnya..

Apa2pun, jom layan dulu resepi ayam masak bistik ni. Versi ikut selera…hehe. Kalau ada nasi beriani atau nasi bukhari, mmg ngamlah! Tapi nasi putih pun ok gak.

BISTIK AYAM

BAHAN A:

  • 1 ekor ayam | dipotong 12 saja
  • 2 sudu teh serbuk kunyit yah
  • Garam secukup rasa saja

BAHAN B:

  • 15 biji bawang merah | dikisar
  • 3 biji bawang besar | dikisar
  • 5sm halia | dikisar
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 200gm rempah briyani
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 3 batang serai | dititik
  • 250ml sos cili
  • 250ml kicap manis
  • 175ml puri tomato
  • 1 tangkai daun sup | dihiris
  • Garam secukup rasa saja
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Kemudian, menggunakan minyak gorengan ayam tadi, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Setelah itu masukkan bahan kisar, cili kisar dan serai. Tumis sehingga kekuningan.
  4. Seterusnya masukkan rempah briyani dan kacau sehingga garing. Masukkan pula puri tomato, sos cili dan kicap manis. Sebatikan.
    Kemudian masukkan daun pudina dan daun sup. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, barulah dimasukkan ayam goreng tadi. Sebatikan dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Ikan Bawal Masak Taucu Terbaru

Jom Resepi Bistik Ayam Sedap Juga Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *