Assalammualaikum…
Resepi Ayam Palembang Sedap Sangat Entry cuti2 Istanbul rehat seketika….tak sempat nak upload gambar. bagi laluan pada lauk yg dimasak semalam utk hidangan kami sekeluarga.Sejak balik dari cuti, baru semlm merajinkan diri nak tengok resepi utk masak lauk.kalau tidak, masak mudah2….asalkan ada menu kegemaran anak2, barulah selera mrk makan.Tapi yg pasti tiap hari ada masakan ayam….itulah lauk yg mereka suka. kali ni masih menu berkait dg negara seberang iaitu Ayam masak Palembang.

Bila tengok kat internet ada pelbagai versi ayam masak Palembang tp utk resepi kali ni ikut resepi yg pernah masak dulu. Masakan ini lebih kurang macam rendang ayam sbb ada letak serai, cili dan santan tp bahannya lagi ringkas dengan ditambah dgn kicap.

Jom cuba jom… rugilah sapa yang belum pernah cuba resepi sedap ni…

Resepi Ayam Masak Palembang

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam ~ di potong, cuci bersih dan gaulkan dengan garam dan kunyit. Kemudian di goreng setengah masak, angkat dan ketepikan
  • 5 sudu besar kicap manis ~ boleh kurangkan jika tak nak kuah hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan santan
  • 1 tangkai daun kari ~ di raut
  • 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • air jika perlu
  • minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 15 – 20 tangkai cili kering ~ rendam lembut
  • 2 inc halia
  • 2 batang serai ~ ita 1 kisar dan satu lagi di titik

Cara Penyajian

  1. Ambil sedikit minyak goreng ayam dan panaskan
  2. Tumiskan bahan kisar, serai dan daun kari hingga harum dan garing
  3. Bila dah garing masukkan kicap manis dan sos tiram
  4. Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air
  5. Bila dah merenih masukkan ayam
  6. Masukkan asam keping , santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  7. Biar merenih dan kuah pekat
  8. Angkat setelah masak dan hidangkan

MEMANG sedap sangat Ayam Palembang ni… Selamat mencuba!

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Daging Masak Kerutuk Ringkas juga Sedap

Kongsi Resepi Ayam Palembang Terbaru Sedap Sangat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *