Resepi Siakap Masak Sos Plum ,  Pagi tadi ke nat Tok Jalai bersama suami beli barang-barang dapur. Masa jeling-jeling ikan nampaklah ikan siakap. “Hmm…masak ikan siakap pun best ni” hati berkira-kira. Saya pun menjeling suami sambil berkata “siakap bang”. Pilih punya pilih dapatla 4 ekor ikan siakap yang sederhana besarnya. Dalam kepala duk terbayang-bayang nak masak ikan siakap dengan sos plum.

Sambil tu saya beli juga udang (cadangnya untuk masak goreng kunyit) dan sayur-sayuran. Ikan siakap ni saya goreng saja, kemudian dituang sos keatasnya. Memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Ratah saja pun sedap. Untuk resepinya:

Resepi Siakap Goreng Sos Plum

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap seberat 500 gram
  • 4 sudu plum & honey lime
  • 3 sudu budu
  • 2 sudu sos cili padi
  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • sedikit garam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • minyak

Bahan hiasan:

  • 2 biji mangga (cincang)
  • 2 biji tomato (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (hiris)

Cara:

  1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan budu, sos plum & honey lime, sos cili padi. Gaul rata.
  4. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau hingga pekat.
  5. Letakkan ikan di atas pinggan dan susun bahan hiasan ikut suka.
  6. Tuangkan sos di atasnya.
  7. Siakap Masak Sos Plum & Honey Lime siap untuk dihidangkan.

Tadaaa… Dah siap! Menu paling simple. Main campak-campak je. Janji sedap!
SELAMAT MENCUBA!..

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Sajian manisan Puding Raja Pahang Mudah dan Simple

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Siakap Masak Sos Plum Yang Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *