Resepi Ayam Penyet – Masakan ayam memang begitu variatif dan selalu tersaji dengan cita rasa enak dan sedap seperti yang satu ini, ayam penyet. Jenis masakan ayam goreng ini mempunyai cara pembentangan yang unik di mana ayam di campur dengan sambal penyet selepas digoreng kemudian ditekan-tekan dengan menggunakan ulekan hingga sambal melekat dengan daging ayam.

Makan tengah hari atau makan malam memang paling pas menikmati hidangan masakan ayam penyet. Apalagi sajian yang dihidangkan all free alias percuma.

Resipi Ayam penyet merupakan resipi khas indonesia, berasal dari daerah jawa timur, memang makanan khas indonesia lebih condong kepada rasa pedas, sehingga banyak para pelancong yang mengejar makanan khas indonesia kerana rasanya yang menggugah selera.

Resepi Ayam Penyet Ala Indonesia Mudah
resepi ayam penyet ala Indonesia

Resepi ayam penyet juga banyak sekali dijumpai di seluruh daerah di indonesia sehingga resipi ini begitu terkenal bahkan di malaysia banyak yang menyediakan menu ayam penyet di menu utama restorannya, kerana rasa ayamnya yang lembut juga ditambah rasa sambal yang begitu menggairahkan pengunjung sehiongga resipi ini banyak diminati.

Tidak ada yang tahu siapa yang pertama kali membuat resipi ayam penyet ini, sehingga sukar bila ditanyakan asal-usul resipi ayam penyet ini, ayam penyet ini terkenal dengan ayamnya yang lembut dan biasanya di hidangkan dengan sambal ayam penyet yang begitu pedas dan enak, namun resipi ayam penyet ini berbeza dengan resipi nasi ayam simple, resipi ayam kicap, dan resipi ayam goreng berempah, perbezaannya ada pada ayamnya yang lunakkan dengan cara di lembutkan dengan ulekan sambal setelah di rebus beberapa lama.

Lantas bagaimana kenikmatan sajian masakan ayam penyet, semak resipi ayam penyet gurih lebih lanjut di bawah ini.

Bahan-bahan Ayam Penyet

  • Ayam negri 1 ekor, dipotong 4 bahagian
  • Daun salam 1 helai
  • Halia 2 cm, memarkan
  • Lengkuas 3 cm, memarkan
  • Air 200 ml
  • Minyak goreng

Bumbu halus

  • Bawang putih 4 ulas
  • Kunyit 1 cm
  • Ketumbar 1 sudu teh
  • Garam secukupnya

Bahan sambal penyet

  • Cabe merah keriting 7 buah
  • Cabe rawit merah 7 buah
  • Tomato merah ½ buah
  • Belacan ½ sudu teh, dibakar
  • Daun limau purut 2 helai, batang daun dibuang
  • Hirisan gula merah ½ sudu teh
  • Daun kemangi 2 tangkai
  • Garam secukupnya

Cara Membuat ayam penyet

Gambar Ayam Penyet Lezat
gambar ayam penyet lezat

– Tuang air pada bumbu yang dihaluskan, halia, lengkuas dan daun salam, lalu campurkan dengan daging ayam.
– Masak daging ayamm di atas api kecil sambil ditutup (ungkeb). Tunggu hingga ayam matang dan bumbu meresap. Lalu angkat.
– Seterusnya, goreng daging ayam sehingga berwarna kekuningan. Angkat dan ketepikan.
– Untuk sambal: haluskan semua bahan sambal, tambah daun kemangi lalu tumbuk atau ulek kasar.
– Terakhir, tuang ayam goreng dalam sambal penyet, tekan da ulek sampai samabal melekat dengan daging.

Resepi ayam penyet ini boleh menjadi pilihan anda ketika mengajak keluarga, teman, dan saudara anda memburu masakan tradisional dan boleh juga menjadi menu utama ketika anda makan malam bersama orang yang anda cintai.

Namun jika anda ingin membeli ayam penyet, harga menu ayam penyet ini relatif murah dan terjangkau oleh dompet anda sehingga anda tidak perlu pusing bila anda mengajak keluarga anda untuk menikmati hidangan resepi ayam penyet ini di restoran pilihan anda.

Pencarian resepi :

Resepi Ayam Penyet Paling Mudah Dan Lezat
Tagged on:     

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *