Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Korang pernah dengar tak pasal Nasi Pakapau? Hampir tiap2 hari aku makan benda ni je. Ye la, nasi dia berkhasiat, ade daging, telur mata, nasi and ade sup gitu.. Semua dalam harga RM2.50 sahaja. ^_^

Nak masak benda ni simple je. Time2 bujang ni memang selalu jugak la masak Pakapau ni kat umah. Ingredients semua simple2 je. Daging hancur, bawang, lada kering, dll..

Kongsi Resepi Nasi Pakapau yang Simple Juga Berkhasiat

So, harinih aku nak share resepi Nasi Pakapau yang Simple juga Berkhasiat

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 tube daging cincang
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 5 tangkai daun selasih
  • 2 sudu minyak
  • 1 biji bawang besar (diced)
  • 2 biji bawang putih (ketuk)
  • 4 biji cili api (potong2)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu kicap
  • carrot (potong dadu)
  • kacang panjang (potng pendek2)

CARA-CARA:

  1. Gaul gaging cincang dengan serbuk kunyit n daun selasih yg dihiris.perap.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih. masukkan daging. goreng sampai daging masak.
  3. Kemudian masukkan semua sos. masukkan garam gula secukup rasa.
  4. Masukkan cili api, carrot dan kacang panjang. biarkan beberapa seketika sampai sayur masak.siap.
  5. Makan dengan nasi panas dan telur dadar/telur mata. kalau ada sup kosong pon best.

 

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: 5 resepi Ikan simple dan sedap

 

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Nasi Pakapau Yang Simple Juga Berkhasiat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *