Assalamualaikum…
Puding Telur Ceplok @ Puding Telur Mata Kerbau. Walaupun setiap hari asyik bersilat dengan periuk belanga di dapur, sesekali nak juga ketawa gelak-gelak untuk hiburkan hati. Justeru itu….. tak sabar-sabarlah ni kononnya nak cuba buat Puding Telur Ceplok @ Puding Telur Mata Kerbau dan lagilah tak sabar nak tengok hasilnya!

Wokeeeeyyy… kita terus kepada resepinya

Resep-Membuat-Puding-mata-kerbau

Bahan A:

  • 1/2 paket agar-agar serbuk
  • 200 gram lobak merah – rebus hingga masak, toskan air dan kisar halus (boleh diganti dengan labu manis)
  • 300 ml air – saya gunakan air (boleh gunakan santan, kalau saya gunakan santan tentulah
    warna kuning telur tu tak begitu oren kan)
  • 50 gram gula pasir
  • 1/4 sdt garam
  • 1 sudu makan pekatan oren Sunquick – saya tambah sendiri

Bahan B:

  • 500 ml santan
  • 125 gram gula pasir
  • 1 lembar daun pandan
  • 1/2 paket agar-agar serbuk
  • 1 sudu teh serbuk jelly
  • 1/4 sudu teh garam

Cara:

  1. Campurkan semua Bahan A kecuali lobak merah kisar. Masak hingga mendidih dan kemudian tambahkan lobak merah. Tapis.
  2. Tuang ke dalam acuan kuih lompang dan biarkan sejuk.
  3. Campurkan semua Bahan B dan masak hingga mendidih. Ketepikan.
  4. Keluarkan puding dari acuan lompang dan letakkan secara terbalik di dalam bekas yang sesuai . Kemudian tuangkan adunan dari Bahan B. Sejukkan.
  5. Setelah sejuk, hidangkan tanpa mengeluarkannya dari bekas yang digunakan.

Okeylah kaaannn… .
Cubalah… seronok tengok hasilnya… memang menghiburkan hati!
selamat mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Resepi Stew Ayam Simple juga Sedap

Pencarian resepi :

Kongsi Resepi Puding Telur Ceplok Puding Telur Mata Kerbau

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *