Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Tiba-tiba pula tekak ni nak makan lontong dengan nasi impit dan juga sambal tumis. Siapalah yang nak tolong buatkan kalau tak dibuat sendiri kan.

Sesetengah orang memanggil Lontong ni dengan panggilan Sayur Lodeh. Tapi rasanya menu yang sama je. Mungkin lain tempat, lain panggilannya. Cara penyediaannya pun ada juga bezanya. Sesetengah resepi, kalau tak silap aku, di awal penyediaan perlu menumis bahan tumisan. Tapi cara aku buat ni tak ada tumis-menumis. Resepi dah pernah letak dulu tapi aku letak jugalah lagi di sini.

Lontong with kuah lodeh and sambal ikan bilis

bahan-bahan :

  • 1/4 biji kobis (hiris)
  • 1 biji carrot (hiris dlm 1 inci panjang)
  • 10 btg kacang panjang (potong serong)
  • suhun (sesedap hati nak letak banyak mana)
  • 2 tahu basah (digoreng dengan kunyit dan garam. kemudian potong dadu)
  • 1 biji kelapa (asingkan santan pekat dan santan cair)
  • garam (secukup rasa)

Baca Juga :

bahan untuk dikisar dan ditumis :

  • 1 sudu besar udang kering (kalau nak lebih pun boleh)
  • 1/2 labu bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • halia (sebesar ibu jari)
  • kunyit hidup (sebesar ibu jari)

cara-cara penyediaan :

  1. tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi dan pecah minyak.
  2. kemudian masukkan santan cair dan juga hirisan carrot. masak sehingga kuah mendidih dan carrot hingga lembut.
  3. apabila carrot dah lembut, bolehlah di masukkan santan pekat dan sayuran yang lain *kobis&kacang panjang*. kacau selalu agar santan tidak pecah minyak. masukkan garam secukup rasa.
  4. masak hingga sayur menjadi lembut dan kemudian masukkan tahu yang sudah digoreng dan dipotong dadu dan juga suhun ke dalam kuah lontong. kacau untuk seketika dan kemudian boleh diangkat.

SAMBAL IKAN BILIS

bahan-bahan :

  • ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • cili kisar
  • garam secukup rasa
  • gula secubit

cara-cara penyediaan :

  1. bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk sehingga hancur dan kemudian ditumis sehingga naik bau.
  2. masukkan lebih kurang 4 sudu cili kisar dan ikan bilis. kemudian masukkan garam secukup rasa dan gula secubit. tumis sehingga pecah minyak. sedia untuk diangkat.

Oh, by the way nak bagi tau. Setiap kali masak lontong, aku memang buat banyak sebab MIL aku memang suka lontong. Sama ada ajak MIL datang makan di rumah atau tapau dan bawa ke rumah dia. Kalau masak nak bawa balik kampung arwah datuk hubby, MIL mesti pesan suruh simpankan untuknya sedikit.

aku masak lontong dan sambal tumis ni bersama dengan rendang ayam berkerisik dan juga lemang segera. Tapi resepi rendang ayam berkerisik dan juga lemang segera tu aku masukkan kemudian yer di entry lain. Penat pula rasanya ibu buyung ni bertenggek depan lappy lama-lama. Lenguh segala urat pinggang dan pinggul..hihihii…

SELAMAT MENCUBA!

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Nasi Hujan Panas yang Perlu Anda Cuba

Kongsi Resepi Nasi Impit & Lontong Bersama Sambal Ikan Bilis

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *