Assalamualaikum…

Apa khabar semua? Semoga kawan2 sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga ye. Resepi Ayam Stew ni saya makan kali pertama pada tahun 2009..teringat2 sampai sekarang tambahan pula resepi ni sesuai untuk orang yang sedang berdiet. Resepi oleh rakan sekolah Mardiana Mahdfuz sangat mudah dibuat..orang yang tak pandai memasakpun boleh mencubanya. Terima kasih Mar di atas perkongsian ini. Semoga pahalanya berpanjangan..in sha Allah.

stew ayam

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 12
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • ½ cawan minyak Zaiton
  • 2 biji bawang besar | potong kecil
  • 1 batang lobak merah | potong dadu
  • 10 biji cendawan buang | hiris
  • 2 tin tomato hancur
  • 1 biji lada banggala merah } potong dadu
  • 1 sudu makan tomato puri
  • 1 sudu kecil saffron (koma-koma)
  • 20 biji buah Zaiton hijau
  • Segenggam besar daun pasli Itali
  • Segenggam daun Basil

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama tepung, serbuk lada hitam dan paprika. Kettepikan.
  2. Panaskan minyak zaiton, kemudian goreng ayam hingga kekuningan.
  3. Seterusnya masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan butang. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tomato hancur, kacau dan biarkan seketika.
  5. Akhir sekali masukkan lobak merah, buah zaiton, lada benggala , safrfron, daun basil, saun parsli dan garam secukup rasa.
  6. Apabila sos sudah pekat, angkat dan hidangkan.

Boleh tahan jugak rasa stew ayam ni uolss. Simple, ayam dengan kentang sahaja! Suka sangat kentang yang dah empuk tu! Selamat mencuba ya.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Tahan Lama

Pencarian resepi :

Resepi Stew Ayam Simple Juga Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *