Assalamualaikum…

Kuah kacang adalah salah satu hidangan utama pada hari raya dan menjadi pelengkap kepada ketupat nasi ataupun lemang. Dan, kalau ada sate lagi best!! Aroma kuah kacang ni paling best ketika sedang mendidih dalam kuali. Memang saya tunggu depan dapur untuk menikmati saat-saat tersebut.

Mesti anda teka saya tak pandai masak kuah kacang kan? Hihi…saya pun pandai masak kuah kacang ni, cuma sedap atau tidak itu subjektif sikit la..

Resepi Kuah Kacang Paling Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa

Bahan untuk hiris nipis:

  • 14 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

Tips kuah kacang tahan lama

  • Agar kuah kacang tahan lama, jangan campurkan santan di dalan resepi masakan anda.
  • Campuran air asam jawa menjadikan kuah kacang dapat tahan lama hingga 2 minggu.
  • Cara yang praktikal adalah simpan kuah kacang di tempat freezer/sejuk beku. Bila nak guna, keluarkan lebih kurang 1 jam awal dan panaskan semula.

Selamat mencuba resepi kuah kacang mudah di atas. Semoga hari anda lebih ceria…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Kongsi Resepi Hati Ayam Masak Kicap yang Simple

Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Tahan Lama

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *