Assalamualaikum…

Resepi Nasi Hujan Panas yang Perlu Anda Cuba Tetibe je aku teringin nak makan Nasi….dan untuk pengetahuan u all, sepanjang 29tahun aku hidup kat bumi Allah ni…inilah pertama kali aku masak menu ni….dan Alhamdulillah cubaan pertama kali ini telah berjaya….Lebih kembang lagi bila anak aku yang sulong tu cakap “Ibu sedap!”..Emmm…rasa macam nak masak hari-hari je bila kena puji…heheheh!!

Emmmm…Boleh la aku masukkan dalam list menu tempahan minggu depan….Tempahan dari opis lama aku…diaorang ada jamuan berbuka puasa…Alhamdulillah….rezeki dari Allah….

So, bagi yang nak cuba resepi ni boleh rujuk resepi kat bawah ni….selagi boleh berkongsi…kita berkongsi la ye…

Jom ita kongsikan resepi dan kaedah ita memasaknya.

Nasi hujan panas

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras (beras basmati) | Basuh dan rendam 1/2 jam
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu
  • 2 helai daun pandan | Diikat
  • 1 kiub pati ayam (optional) | Boleh gantikan dengan garam
  • 4 biji bawang merah | Blend
  • 2 ulas bawang putih | Blend
  • 1cm halia | Blend
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
  • Minyak/Butter/Ghee
  • Pewarna Makanan (Merah, Hijau, Kuning)
  • Daun sup. Gajus, Kismis

Cara-cara

  1. Panaskan kuali hingga Thermo-Spot berubah menjadi merah. Masukkan ghee.
  2. Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend.
  3. Masukkan daun pandan. Biarkan seketika.
  4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air, kiub ayam/garam, susu dan beras. Kacau rata.
  5. Masak nasi macam biasa.
  6. Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna menggunakan chopstick. Biar seketika.
  7. Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
  8. Tabur Daun sup. Gajus, Kismis sebelum dihidang.

Masak untuk raya ni kan best…padankan dengan kurma ayam, kuzi, dalca, acar rampai, sambal belacan….huhhhh…mentua lalu kat belakang sure tak nampak..hihihi..ok..byee..

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: kongsi Resepi Hati Ayam Masak Kicap yang Simple

Resepi Nasi Hujan Panas Yang Perlu Anda Cuba

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *