Resepi Lontong Goreng Simple juga Sedap sarapan paling favourite sangat taw. Tambah dengan lauk paru sambal licin pinggan hingga menjilat jari Hihi. Macam pelik je kan, tapi sedap & mudah buatnya. Jom cuba.

Resepi Lontong Goreng Simple juga Sedap

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah didadu kasar2
  • 1 senduk cili kisar(lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 1 hiris halia kisar
  • 200 g daging/ayam cincang
  • 200 g udang hidup – kupas kulit
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb kicap manis
  • daun sop,daun bawang – hiris
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2-4 biji telur
  • minyak masak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging /ayam cincang dan udang dan gaul rata dan masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
  2. Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
  3. Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dgn daun sop,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.

tadaa siap dah. Dah boleh hidang untuk sarapan pagi. Nama je macam pelik sebab tak pernah try kan? Tapi sama je macam masak nasi goreng Haha

Ok. Selamat Mencuba 😉

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resipi Puding Karamel Lapis Coklat Paling Nikmat

Resepi Lontong Goreng Simple Juga Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *