Assalamualaikum..

Puding Koktel Berkuah Nikmat Juga Sedap : Entry kali ni saya nak share cara buat puding koktel yang berkuah. Senang sangat nak buat puding ni. Kalau pergi mana-mana majlis yang ada hidangan puding ni mesti saya makan puding ni dulu. Hehe.

Ok jom tengok resepinya.

Puding Kastard Berkuah

Bahan-bahan Puding Kastad (untuk 2 adunan) :

  • 1800 ml air
  • 40 gm serbuk agar-agar
  • 10 Tbsp gula pasir
  • 6 Tbsp tepung kastad
  • 1 tsp garam halus
  • 500 ml susu cair

Cara-cara :

  1. Masak serbuk agar-agar bersama gula dan air hingga
    larut. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastad dengan sedikit susu cair hingga larut.
  3. Masukkan susu cair dan bancuhan tepung kastad serta garam ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Tak perlu tunggu hingga menggelegak. Tutup api.
  4. Bahagikan adunan puding kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asalnya manakala satu bahagian lagi dititiskan sedikit pewarna merah. Kacau rata.
  5. Tuang kedua-dua adunan puding kastad di dalam loyang atau bekas yang berasingan. Sejukkan dan bekukan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan Kuah Puding :

  • 2 tin susu cair + baki susu cair dari adunan di atas
  • 2 tin besar fruit cocktail (tapis untuk mengasingkan buah-buahan dengan sirapnya)
  • 400 ml air masak
  • 10 Tbsp gula pasir
  • 1 tsp garam halus

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan di atas kecuali buah-buahan koktail.
  2. Masak di atas api sehingga gula larut dan tutup api.
  3. Sejukkan kuah di dalam peti ais.

Cara Menghidang :

  1. Potong puding kastad menjadi kiub-kiub kecil.
  2. Masukkan kiub-kiub kastad ini ke dalam mangkuk besar bersama dengan buah-buahan koktail yang telah ditapis tadi.
  3. Tuangkan kuahnya dan sedia untuk dihidangkan.

OK dah siap.. Selamat menjamu kesedapan puding koktel ni. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Nyum2..

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More :

Resepi Puding Tiramisu Paling Nikmat

Pencarian resepi :

Puding Koktel Berkuah Nikmat Juga Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *