Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Resipi Puding Karamel Lapis Coklat Lama-lama sekali kalau makan puding karamel lapis coklat sedap juga. Puding Karamel ini memang kegemaran saya sejak kecil lagi.

Cuma kalau dulu dapat makan puding karamel masa kenduri kahwin sahaja sebab emak saya jarang buat kuih-kuih modern.

Emak saya mahir buat kuih-kuih tradisional seperti bahulu, kuih bangkit, peneram dan lain-lain lagi.

Berbalik kepada puding karamel ini, isteri saya suka buat puding karamel juga tetapi belum pernah buat yang berlapis coklat.

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana cara buat Buat Puding Karamel Lapis Coklat. Selamat mencuba.

Resipi Puding Karamel Lapis Coklat Paling Nikmat

Bahan A

  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 1 s/k esen vanilla
  • 2 s/b tepung kastad

Bahan B

  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 2 s/b tepung kastad
  • 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C

  • 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

cara:

  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
  2. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
  3. Panaskan periuk kukusan-kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200′C.saya guna pengukus atas dapur.
  4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Sebelum masukkan adunan B,goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu.maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain,kemudian
    masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
  6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.-kite buat 3 lapis je. So kukus lama sikit pd setiap lapisan.
    nak buat 2 adunan pon boleh.
  7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
    Potong dan hidangkan.boleh tahan 3 – 4hari dalam peti
    ais.

Ya, sudah siap. Sekarang boleh dihidangkan untuk dimakan dengan keluarga tersayang.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Resepi Bubur Kacang Merah Yang Simple

Resipi Puding Karamel Lapis Coklat Paling Nikmat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *