Assalamualaikum…
Resepi Puding Tiramisu Paling Nikmat Dah nak dekat 2 minggu, cheq tak masuk kerja. Pada mulanya disebabkan banjir, memang tak boleh keluar langsung. Laluan nak ke tempat kerja tu, ada tempat airnya naik sampai paras dada. Lepas tu sambung ambil EL plak, jaga anak-anak. Rumah pengasuh diaorang pun masuk air. Terpaksa cuti untuk mencuci dan memperbaikpulih taska tu.

Sebelum ni di musim banjir, selalu sangat dah makan biskut cicah air kopi/milo.Alhamdulillah, dapat jugak makan nak dibandingkan tempat lain yang banjir. Kali ni bagi tekak ni meriah sikit dengan rasa-rasa yang menarik…hehehe Terjumpa resepi ni dalam fb, so cuba la buat. Menjadi plak tu.. dan sedap

Resepi Puding Tiramisu

Bahan-Bahan

  • Susu cair – 3 tin
  • Susu pekat – 1tin
  • Tepung kastard – 12 sudu mkn
  • Air – 1 cawan
  • Secubit garam
  • Biskut cream cracker – 1 peket
  • Serbuk koko/ milo
  • Coklat rise
  • Buah-Bauahan utk hiasan.

Cara Menyedikannya.

  1. Satukn semua susu cair n tepung kastard dlm periuk…kacau bg rata dlu..
  2. Masukkn susu pekat..rasa nk manis abiskn 1 tin..cmpur air n kacau.
  3. Tabur secubit garam…baru ltak atas dpur.. Gna api yg perlahan..
  4. Masak smpai bancuhan tu jd likat….Dh msak.
  5. Hancurkn biskut ltak dlm bekas / loyang..siram bancuhan td..bg meresap dlm biskut..tabur serbuk milo… Ulang blik jd 2 lapisan.
  6. Lapisan atas sekali bole la hiaskn buah ikut selera masing2..
  7. Dah siap. Letak dalam peti ais..

Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Resepi Nasi Jagung Paling Populer Yang Simple

Resepi Puding Tiramisu Paling Nikmat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *