Kongsi Sajian manisan Puding Raja Pahang Mudah dan Simple, Sajian ini merupakan antara manisan popular bagi masyarakat Pahang. Rasanya yang manis dan lazat serta gabungan bahan campuran lain yang berbagai-bagai warna menambahkan lagi selera untuk menikmatinya. Pelajari hidangan ini dengan mengikuti perkongsian resepi berikut.

Puding Raja

Bahan-bahan

  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng

Baca Juga : 

Untuk Kuah Puding

  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila

*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  2. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  3. Goreng biji gajus.

Kuah Puding

  1. Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang

  1. Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  2. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.
  3. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Bersedia untuk dimakan!!!! Selamat mencuba!!!

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

Pencarian resepi :

Kongsi Sajian Manisan Puding Raja Pahang Mudah Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *