Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Kalau sebelum ni viral pasal aiskrim sumi, sekarang ni dah ada puding sumi pulak… Kalau tengok gambar memang berjaya buat kita telan air liur bukan? Agak – agak rasa dia macam mana pulak.. Haa jom usha resepi Puding Sumi ni dan buat kat rumah..

Puding sumi jeli

Bahan-Bahan

  • 1 Paket Agar2 Tali 37.5g
  • 8 Cawan air
  • 1 1/4 Cawan gula pasir
  • 1 Tin Susu Cair
  • 2 Paket Sumi
  • PEWARNA

Cara Penyajian

  1. Masakkan agar2 tali hingga betul2 hancur,
  2. Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur,
  3. Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar2 cepat berair,
  4. Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati
  5. perlahankan api.. Ambil sebahagian agar2 dan warnakan ..
  6. Sebelum tu susun sumi di dasar acuan,
  7. Masukkan agar2 sedikit demi sedikit agar sumi stabil dan melekat
  8. Boleh curahkan agar2 bila sumi dah melekat
  9. Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya..Sejukkan dalam peti ais..

*sumi itu jika anda masukkan dalam peti ais dan bagi keras,lagi senang untuk ia tidak bergerak dalam acuan dan anda akan dapat susunan yang lagi cantik. Dah buat baru dapat tips, jadi itulah hasilnya.

Akhirkata sebelum saya menutup n3 utk kali ini… sambutkan salam penuh kemesraan dari saya wat semua.. muahhhhh2 tq dan selamat menikmatinya……bertapa dlm peti sejuk ..mamam sejuk2…dlm cuaca yg panas…. memang nikmatttttt …:)

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Kongsi Resepi Puding Telur Ceplok Puding Telur Mata Kerbau

Resepi Puding Sumi Jelly Mudah Perlu Bunda Cuba

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *