Puding Buah Naga aka Dragon Fruit Pudding: Salam u ollss…teruja x tgk puding tu? sedap x? emmmm kita xmkn puding ni tp semua org ckp sedap..sbb kita xmkn buah naga ni..xreti makan..huhuhuhu..seronok tgk biji2 hitam buah naga bertebaran dlm puding..lawa kan..huhuhu

By the way, u olls nak x respi puding ni? kalo nak kena bayar…hahahhahhaha..xde maknanya nak bg respi kna bayar..kita ikhlas jer..xyah bayar..respi n ilmu tu semua milik Allah.. 😉

Resepi Puding Buah Naga

BAHAN-BAHAN:

  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 750 ml air
  • 310 gm gula
  • 1 biji buah naga merah – kisar
  • 250 ml air – kisar
  • 1 biji jus limau nipis

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Kisar buah naga dan air hingga hancur.
  2. Masak agar-agar dengan air, biarkan hingga hancur.
  3. Masukkan gula dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan buah naga yang telah dikisar dan kacau rata.
  5. Tuangkan air limau nipis dan biarkan selama 15 minit.
  6. Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Sejukkan.

Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Resepi Ayam Masak Pedas Mudah Juga Simple

Pencarian resepi :

Resepi Puding Buah Naga Aka Dragon Fruit Pudding

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *