Resepi Snow Pudding Lezat Dan Simple

Assalamualaikum….
Resepi Snow Pudding Lezat dan Simple Tiba tiba kita tengok bunga yang cantik warna pink .. tertarik sungguh kita dengan kombinasi warna yang lembut tu…
Kita pun dah lama tak memuding dan bunga pink tu menjadikan inspirasi kita untuk terus ke dapur… hahahhahaha….gelojoh betul… Nak buat puding ni pun mudah saja… tapi bila ada yg pandai dalam seni fotografi dah tentu ianya akan lebih menarik dan tertarik lagi. Saya masih lagi belajar jadi ini saja gambar terbaik dari saya….
Tada….ini lah hasil nya..walau pun tak secantik tuan punya resepi ..tapi rasanya memang marvelous…. kita layan saja puding ini …

Resep Puding Strawberry

Lapisan Susu

  • 4 gm agar-agar serbuk
  • 1 ~ 2 titik esen vanila
  • 200 ml susu segar
  • 50 gm gula
  • 175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry

  • 4 gm agar-agar serbuk
  • 250 strawberries ~ dikisar
  • 75 ml air
  • 75 gm gula
  • 1 biji putih telur
  • sedikit pewarna pink ~ ita tambah

Lapisan Coklat

  • 4 gm agar-agar serbuk
  • 375 ml susu segar
  • 25 gm serbuk koko
  • 65 gm gula
  • 1 bijik kuning telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • Sedikit coklat emulco ~ ita tambah

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan

Cara Penyajian

  1. Sediakan loyang berukuran 8 inc
  2. Bilas loyang dengan air
  3. Potong buah strawberries kepada kepingan.
  4. Susun pada dasar loyang
    Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang
  5. Kita mulakan dengan lapisan susu
  6. Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
  7. Kacau rata.
  8. Kemudian panaskan pada api sederhana.
  9. Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
  10. Matikan api.
  11. Tambahkan whipping crean dan kacau rata
  12. Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry

  1. Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
  2. Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula,
    masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
  3. Matikan api
  4. Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
  5. Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
  6. Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
  7. Kacau rata
  8. Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
  9. Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
  10. Mulakan pada bahagian tepi loyang.
  11. Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat

  1. Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
  2. Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
  3. Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
  4. Pukul sedikit kuning telur
  5. Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
  6. Kacau rata
  7. Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
  8. Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
  9. Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
  10. Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
  11. Mulakan dari bahagian tepi loyang.
  12. Gunakan sudu untuk menuang.
  13. Biarkan puding sejuk dan mengeras
  14. simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

**Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati…setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Puding Peach Nyumm..nyum.. Enak Dan Sedap

Tags:
Rate this article!
author

Author: 

Related Posts

Tinggalkan Balasan