Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Resepi Puding Sagu Gula Melaka, Paling best time cuti-cuti sekolah ini kalau dapat buat apa saja yang kita suka kan.Erkk..Ni kira edisi khas untuk cikgu-cikgu se-Malaysia yang sedang bercuti selama seminggu.hehe.Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara buat puding sagu gula Melaka.Pertama kali saya makan puding sagu ni masa di sekolah.Masa tu,ada seorang rakan setugas yang rajin membuat puding sagu gula Melaka dan membawanya ke sekolah.Hmm..rasa kuah gula melaka campur santan dan dimakan sekali dengan puding sagu ni memang sedap terutamanya bila kita nikmati pada musim cuaca panas.

oklah.. jom kita tengok resepi kali nie yer…

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Bahan dan cara masak sagu:

  • 1 cawan biji sagu (ana gunakan sagu yang dah berwarna hijau)
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan – carik & simpul

Cara-Cara:

  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam atau sehingga agak kembang sedikit. Kemudian toskan airnya.
  2. Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
  3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji.Letakkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam petiais.

Cara Masak Kuah Santan :

  1. Didihkan seketika santan pekat dan masukkan secubit garam untuk menambah lemak masin, baru ngam kan..masukkan seikat daun pandan untuk aroma tradisional.

Cara masak kuah Gula Melaka :

  1. Untuk gula melakanya pula, cuma cairkan di dalam periuk perlahan-lahan dan masukkan juga daun pandan sebagai aromanya.
  2. Dan nak makan juadah ni, campurkan sahaja ketiga-tiga sagu, santan dan juga gula melaka. Sedap di makan sejuk kan.. 🙂

Cara makan puding :
Sendukkan puding sagu bersama lapisan santan. Curahkan sedikit air gula melaka. Sedap dimakan ketika sejuk. Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Resepi Puding Buah Naga aka Dragon Fruit Pudding

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *