Salam sejahtera…. Kongsi Resepi Puding Buih Berkuah Sedap juga Mantap Kita masuk pulak slot masak-memasak. Jem otak bila asyik duk citer pasal duit je. Lagi seronok masak-memasak curahkan perasaan kasih sayang buat orang tercinta. hee.. Selama ni biasa duk beli je kuih puding berkuah ni yang juga fevret emak cik tom. Sekali sekala try buat puding buih berkuah sendiri pulak. Hajat hati nak guna acuan bentuk love tapi takde pulak. Acuan bunga pun jadilah asalkan ada warna merah cam hati tue. hehe… Nama resepi macam biasa sesedap rasa je oleh cik tom. Meh kita tengok bahan dan resepi puding buih berkuah cinta.

Resepi Puding Buih Berkuah Cinta

Bahan-bahan Puding

  • 1 bungkus agar-agar tali (30gm)
  • 6 gelas air
  • 1/2 cawan gula
  • 5 biji putih telur
  • 2 biji merah telur
  • 1 sudu vanilla
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan air dalam periuk bersama2 agar-agar. masak hingga mendidih & biarkan sejuk.
  2. masukkan putih telur dalam mesin dan putar dalam kelajuan plg maksimum sehingga menjadi kembang & berbuih. (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah)
  3. selepas itu masukkan kuning telur satu per satu. dan pukul lagi hingga jadi gebu.
  4. masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
  5. masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
  6. pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah adunan supaya sebati. tidak ada separate antara buih & agar)
  7. masukkan pewarna
  8. tuang agar dalam bekas
  9. masukkan puding di dalam peti ais untuk sejukkan & keraskan.

Selepas dah kuah pekat dan sebati, boleh curahkan kuah kastad ni atas puding buih yang telah disejukkan dalam peti. Lagi best time makan waktu petang. Rasa sejuk je anak tekak. hihi… Selamat menyediakan resepi puding buih berkuah cinta buat keluarga yang tersayang 🙂

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Kongsi Resepi Bubur Makaroni Berkrim Sedap

Kongsi Resepi Puding Buih Berkuah Sedap Juga Mantap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *