Assalamualaikum..salam bersiaran , Puding Peach nyumm..nyum.. Enak dan Sedap semoga di hari rabu ini anda semua ceria – ceria sokmo…tak mo muram2 & susah hati ya..alhamdullillah , perkara yg sudah berlaku biarkan ia…semoga hari – hari mendatang akan mematang kita…Oklah dengan cuaca yg panas ni , tekak ni dok gatai nak makan yg sejuk2 je..puding yang menjadi pilihan ku ialah PUDING NENAS….

senang sangat nak buat puding ni & cepat je licinnnn / abis di kejakan oleh anak2..diaorang kata macam aiskrim tau..rasa Puding Nenas ini masam manis cukup semua rempahnya..tapi yang pasti puding ini enak di makan ketika sejuk ( baru kuar dari peti ais )…Untuk nenas boleh ditukarkan pada buah peach , limau..ikutlah selera masing2…janji boleh di makan…Tang hiasan tu , ingat nak letak lebihan nenas tapi habis buat air , untuk minum tengahari ,bubuh ais batu..peh!! tak terkatalah..lupa lak nak snap gambarnya..lain kali ya..oklah jom kita layan resepinya…

Milky Peach Pudding

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar serbuk(10 gram)
  • 600 ml air putih
  • 250gram gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • pewarna merah
  • 1 tin kecil peach dalam syrup

Cara-cara

  1. Masakkan agar-agar bersama 600 ml air
  2. Bila menggelagak, masukkan gula hingga larut
  3. Selepas itu masukkan susu, perlahankan api
  4. Untuk lapisan kedua, singkan lebih kurang 1/5 daripada agar yang dimasak tadi(letakkan dalam periuk berlainan) diwarnakan dengan pewarna merah
  5. Pukul telur, masukkan tepung kastard dan sedikit sahaja air, dalam 10 ml, masukkan ke dalam larutan 4/5 agar-agar yang tinggal tadi , kacau hingga sebati. Susun buah peach dalam bekas, tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku
  6. Apabila lapisan pertama sudah beku, tuangkan adunan kedua 1/5 agar-agar yang telah diwarnakan merah.
  7. boleh dihidangkan apabila sudah beku …:)

Ringkas,Simple kan selamat mencuba buat sajian keluarga tercinta

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Resepi Mudah Puding Jagung Kastard

Puding Peach Nyumm..nyum.. Enak Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *