Assalamualaikum salam besiaran di hari selasa…

Resepi Bubur Kacang Merah yang Simple, ohhh betapa rindunya kat rumah yg satu ni…kini kembali semula setelah beberapa hari ditinggalkan…ok leee pembuka dgn juadah minum ptg ye, terigin nak mkn bubur kacang merah..hemmm dah lepas hajat ptg ni masuk ke tekak….kita suka mkn sejuk2 simpan dlm peti..utk kita jeee,,,yg lain suka mkn panas2 suam….kalau sejuk ada rasa ala2 cam ais kacang….tp mana2 pun sdp aje bila di mkn hehehe…cuma nak mkn tu lambat sikit le kena menunggu kacang merah tu betul2 empuk dan x keras..tp jgn le rebus sampai hancur pulak ye…lebih kurang sejam lbh jugak le nak meempok kan kacang tu…bila dah agak kering air tambah lg takut kacang hagit….sedang2 elok kacang empoh leh le masuk santan….ok resepi mmg mudah tp nak le juga letak….jemput

Resepi Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang merah
  • 1 cawan jagung yang telah dileraikan
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 1 keping gula melaka (atau secukup rasa)
  • Air secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rebus kacang merah bersama air sehingga empuk.
  2. Campurkan gula melaka.
  3. Apabila gula hancur, tuangkan santan kemancar (baki santan setelah patinya diperah).
  4. Biarkan ia mendidih seketika.
  5. Kemudian masukkan jagung. Biarkan mendidih lagi.
  6. Tuangkan pula santan pekat dan kacau tanpa henti agar tidak pecah minyak.
  7. Bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba pada yg nak mencuba! 😉

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Kongsi Resepi Puding Buih Berkuah Sedap Juga Mantap

Resepi Bubur Kacang Merah Yang Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *