Assalamualaikum.
Kongsi Resepi Bubur Makaroni Berkrim Sedap Tengah buat apa tuuuu. . Heheheee, opcoz tengah rilek- rilek kat rumah kan. Hari ni.. . Alhamdulillah, hujan turun mencurah- curah lagi petang ni. Sejukkkk. . Bila sejuk, perut pun lapi ja memanjang.

Tetiba tekak teringin makan benda manis- manis. Nak makan bubur. Malangnya tak ada benda nak dijadikan bubur. Bukak kabinet, nampak pasta spiral. Pasta pun pasta lah. Ganti cha cha. . Hahahaaa. Alhamdulillah, sedap juga. (^_^). Tp nak panggil apa ya? Bagi nama
Bubur Makaroni Berkrim pun ok kot. Heeee

Sebenarnya, masaknya sama ja macam masak bubur chacha. Tapi sue letak jugalah resepi yang sue buat hari ni. Guna apa yang ada saja..Jemput semua. . Heee

Resepi Bubur Makaroni

Bahan2:

  • 2 cawan makaroni-jenis bgantung kepada citarasa
  • 3/4 cawan sago mata ikan -boleh tmbh jika suka
  • 200ml santan pekat(dlm kotak)-jika guna serbuk sila guna 2 peket
  • Gula secukupnya
  • 1 sudu kecil garam(atau secukupnya)
  • 5-6 sudu besar krimer(sue guna coffeemate)-[optional]
  • 3 cawan air (atau secukupnya) untuk merebus makaroni
  • Susu pekat n sejat-optional (lebih sedap kalo letak masa nak makan)
  • Daun pandan-renyukkan dan simpul

Cara2:

  1. Cuci makaroni dan toskan. Sementara itu sago direndam di dalam air agar mudah jernih ketika direbus.
  2. Rebus makaroni bersama air sehingga benar2 lembut(dalam 10-15 minit) dengan api sederhana. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan makaroni melekat di dasar periuk.
  3. Apabila makaroni sudah lembut,masukkan sago mata ikan dan kacau untuk mengelakkan ia berketul. Masukkan daun pandan untuk aroma yg menyelerakan..
  4. Jika terlalu pekat,tambahkan sedikit lagi air. Pastikan sago sudah jernih sepenuhnya barulah tambahkan gula..jika hendak makan bersama susu pekat jangan letak gula secukup rasa,sekadar ada rasa jer ye..Kacau sebati
  5. Tambahkan santan pekat bersama krimer dan kacau sehingga sekata dan tidak berketul..Tambahkan garam untuk rasa lemak..
  6. Kacau lagi,sebatikan rasa manis2 lemak dan padamkan api apabila bubur sudah mendidih/renih sepenuhnya(pastikan guna api perlahan sahaja). Sedia untuk dihidangkan.

Cara hidangan:

  1. Cedokkan bubur ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit susu pekat dan susu sejat..kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
  2. Bubur ini juga sedap disejukkan dan dinikmati ketika cuaca panas..

Selamat Mencuba…

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat
handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini, yang mana
telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga
ada manfaatnya…

Read More : Puding Batik Marie Yang Cantik Dan Sedap

Kongsi Resepi Bubur Makaroni Berkrim Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *