Resepi Mudah Puding Jagung Kastard : Untuk pengetahuan korang, sekarang ni di pasaran ada tepung kastard berperisa tau, so jangan tersalah ambil. Ambil yang original je, yang tak ada tulis berperisa bagai tu. Pernah sekali husband BW beli tepung kastard yang berperisa, maybe sebab packagingnya cantik dia beli kot, rasa puding jadi weird sangat, masin lak tu. Untuk jagung pula boleh guna yang dalam tin atau yang fresh. Lagi better tak perlu tambah pewarna dan perisa. Rasa original pun dah sedap 🙂

Resepi Mudah Puding Jagung Kastard

Bahan-Bahan:

  • 1 tin jagung manis
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan santan
  • 1 tin susu sejat
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 tin air – guna tin susu sejat tadi
  • pewarna kuning – opsyenal

Cara Membuat Puding Jagung Kastard

  1. masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.
  2. selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.
  3. nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
    Resepi Puding Jagung Kastard
  4. bila bonda ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak pe.
  5. kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.
  6. biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk

Mudahkan nak buat puding jagung ni? Selamat mencuba Resepi Puding Jagung Mudah dan Sedap!

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Puding Pisang Berkuah Sangat Simple Juga Sedap

Resepi Mudah Puding Jagung Kastard

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *