Assalamualaikum..

Saya kongsi resepi ini, Puding Batik Marie yang Cantik dan Sedap kut2 ada masa terluang hari Sabtu dan Ahad ni boleh buat kat rumah. Anak-anak saya semua suka, sedap kata diaorg. Lagi-lagi Danial, lepas balik dr main basikal terus bukak peti ais cari kuih yg mama buat tu…
saya masukkan resepi di sini yer…

Puding Batik Mudah

Bahan-Bahan

  • 300g biskut marie-dipatahkan 4
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan bijiran nestum untuk baby
  • 1 cawan butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence

Cara-Cara

  1. Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut.
  2. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata.
  3. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat.
  4. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras.)

Semoga Berjaya… Selamat mencuba 😀

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Nasi Tumpang Dari Kelantan Paling Sedap Dan Simple

Puding Batik Marie Yang Cantik Dan Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *