Puding Pisang Berkuah Sangat Simple Juga Sedap : puding ni juga sangat simple dan senang nak buat dan juga sedapppp….gabungan rasa pisang dan kastad……memang sedappp.

mula2 pisang ni perlu digoreng dengan butter…saya biasa guna merjerin je….pastu letak je dalam bekas…then, masak pula sos kastad..pastu curah la atas pisang digoreng tadi…sejukkan dalam peti ais…pastu sedia dimakan… senangkan…kos pun tak sampai rm 10…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bahan-Bahan

  • Pisang berangan yang telah masak sepenuhnya
  • Mentega secukupnya
  • Kismis

Bahan sos kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 biji kuning telor
  • 1/2 cawan air
  • 4 sb gula

Cara-Cara

  1. Buat sos kastard dahulu. Satukan semua bahan sos kastard dalam periuk.
  2. Kacau sebati kemudian baru dipanaskan atas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya supaya adunan tidak bergentel.
  3. Sejukkan sos seketika.
  4. Untuk pisang, masukkan sedikit mentega dalam kuali non stick
  5. Kemudian goreng pisang tadi dalam mentega yang telah dipanaskan
    Balikkan pisang tadi bila masak dan lembut baru diangkat
  6. Hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis

bila tengok pisang yang digoreng dengan marjerin tadi, tak tahan, amek satu,,…ehehhe..pastu ingat pula dengan sirap gula melaka…fuhhh….sedap juga makan dengan sos gula melaka nii….next time buat nak letak sikit sirap gula melaka di antara kastad dan pisang goreng.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Nasi Lemak Daun Lemuni Dan Khasiatnya

Pencarian resepi :

Puding Pisang Berkuah Sangat Simple Juga Sedap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *