Assalammualaikum….

Apa khabar semua hari ini? Ceria dan bahagialah hendaknya yaa.. 🙂 Okay hari ni i nak share resipi Puding Mangga Bersama Kuah Kastard Vanilla.. 🙂

Awal pagi i dah membuat Puding Mangga ni yaa… di sebabkan sebentar sahaja lagi nak bertandang ke rumah saudara, jadi ku bancuhkan puding mangga yang sememangnya tengah hebat musim buah tu di mana sahaja yer tak?

setiap kali menjengah ke dapur kawan-kawan tu waduhhh kecur tak sudah! nak membikinnya malas pulak tu! :)) hadoi… so hari ni kuatkan sedikit semangat tu walaupun memang sibuk semenjak cuti sekolah dah bermula ni yaa… so buat sesiapa yang tak kemana-mana tu bolehlah cuba yaa..:)

Resepi Puding mangga berkuah

Bahan2 Puding

  • 665 ml santan sederhana pekat
  • 400 ml air
  • 100 gm tepong kastard
  • 80 gm gula
  • 200 gm isi mangga (tanpa kulit & biji)
  • sedikit pewarna kuning jika perlu

Bahan2 Sos Vanilla

  • 1 tin susu sejat
  • 1 tin air (sukat dengan tin susu sejat)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 3 tbsp tepong jagung
  • 6 tbsp gula (kemanisan ikut selera sendiri ye!)

Bahan Sampingan

  • Hirisan buah2an kegemaran

Cara2 menyediakan Puding

  1. Kisar isi mangga dengan sebahagian air jadikan puri halus.
  2. Bancuh tepong kastard dengan lebihan air lalu tapiskan ke dalam kuali.
  3. Masukkan puri mangga, gula, santan dan esen vanila. Titiskan sedikit pewarna kuning jika suka. Kacau kastard menggunakan whisker tanpa henti dengan api perlahan sehingga kastard menjadi pekat & nampak berkilat2.
  4. Tuangkan ke dalam acuan kegemaran. Biarkan sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais sebelum dihidang.

Cara2 menyediakan Sos Vanila

  1. Bancuh tepong jagung dengan sedikit air lalu tapiskan ke dalam periuk. Campurkan kesemua bahan2 lain lalu masak sos dengan api perlahan sehingga gula larut & sos masak sepenuhnya. Sejukkan sebelum hidang.
  2. Hidang puding mangga dengan sos vanilla beserta hirisan buah2an kegemaran.

Tadaaaaa…dah siap.Selesai

Selamat Mencuba !

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More:  Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

Pencarian resepi :

Resepi Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla Perlu Anda Cuba

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *