Petua Hilangkan Sakit Termakan Keladi Gatal – Tip dan Trik Hari ni perut lapar sesangat. Sebab dah 2 kali keluar bilik termenung..sakit perut. Semua dah dikeluarkan. Berkobar2 nak makan ikan keli bakar hari ni. Sampai cafe, ikan keli masih atas dapur lagi. Kena tunggu dalam 10 minit. Tunggu pun tunggulah..amik le hati ayam n gulai keladi sikit untuk alas perut. Memula makan keladi tur aku rasa cam lain jer…pas tur dah rasa gatal kat dalam mulut.

Nak dijadikan cerita satu gigit je batang keladi dah menyebabkan selera makan terhenti..
Mana tak nye tekak, mulut, kerongkong mencucuk-cucuk pedih pastu lama-lama jadi gatal..
Sampai mata berair dan sesak nafas sikit..

Tips Hilangkan Gatal Sayur Keladi - Petua Hilangkan Sakit Termakan Keladi Gatal - Tip dan Trik

Keladi apa ni? Tak pernah makan gatal..agaknya orang tur salah cuci dan amik keladi gatal kot. Terus tak jadi makan keladi tur n tunggu jerlah ikan keli tur masak. Bila time bayar..bagitau orang kedai tur keladi tur gatal..terus dia amik gulai keladi tur bawak ke dapur dan tak jual..pas tur potong 50 sen dari harga yang aku bayar. Sampai sekarang aku masih lagi rasa gatal dan tak sedap tekak aku ni…korang pernah makan keladi sampai gatal…

bila dah sakit tak selesa kompom panik dan terus cari cara untuk hilangkan sakit tuh.. jadi meh la RP kongsikan serba sedikit.. ape yang RP jumpa dalam google..

Tips dan petua hilangkan gatal keladi dalam mulut dan tekak

  1. minum air masak banyak-banyak
  2. minum air asam jawa/makan asam jawa
  3. gigit bawang putih dan telan
  4. limau nipis
  5. makan buah oren (yang nih RP buat)
  6. lepas makan buah oren dan minum air masak tuh barula kurang rasa sakit tapi amik masa jugak la untuk betul-betul hilang.. jadi pengalaman nih jadi pengajaran la bagi RP.. sebab sebelum ni tak pernah jadi macam ni..

Haaa oke itu kalau dah termakann

Kali nih RP bagi langkah pencegahan pulak

kalau nak selamat masak keladi boleh cuba tips bawah nih

  1. rebus keladi
  2. masukkan 2 3 hirisan buah pinang di dalam gulai keladi
  3. tengok warna keladi , keladi gatal berwarna hijau.. keladi sayur sedikit putih

Oke habis dah petua keladi kita pada hari ini.. kalau rasa miang keladi dekat tangan pulak cepat-cepat sapu minyak masak… semoga entri nih bermafaat untuk korang semuaa… selamat mencuba..

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : Resepi Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla Perlu Anda Cuba

 

Petua Hilangkan Sakit Termakan Keladi Gatal – Tip Dan Trik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *