Assalamualaikum
5 Petua Masak Ayam Cepat Empuk:  Ramai yang mengatakan daging ayam kampung ni sedikit keras. Lagi-lagi ayam yang sudah tua. Memang betul daging ayam kampung keras. Tapi, daging ayam kampung ni sihat tau. Sebab ayan-ayam ni langsung tak makan segala ubat-ubatan yang agak membahayakan. Tak macam ayam daging. inject ubat, umur 40 hari dah boleh sembelh. Ada cara mudah macam mana kita nak buat daging ayam tua atau kampung kita tu mudah empuk. Ada petua-petuanya. Anda boleh cuba.

5 Petua Goreng Ayam Supaya Empuk

Petua 1

tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukan kedalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus.rebus hingga lembut. kemudian keluarkan ayam,cuci bersih. lumurkan tepung beras dan goreng

Petua 2

  • masukan beberapa keping tempurung kelapa kedalam periuk ketika merebus ayam tua. pasti ayam akan cepat empuk

Petua 3

  • masukan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. pasti ayam akan cepat empuk

Petua 4

  • bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. pasti ayam akan cepat empuk

Petua 5

  • masukan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua, pasti ayam akan cepat empuk

Itulah tadi 5 petua yang dapat aku kongsikan buat semua. Selamat mencuba.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More : 4 Faedah Makan Ayam Untuk Bayi Dari Segi Kesihatan

5 Petua Masak Ayam Cepat Empuk Yang Perlu Anda Cuba !!!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *