Assalamualaikum

Resepi Nasi Jagung Paling Populer yang Simple Semalam kami buat pengunjung, iaitu satu amalan orang jawa menjelang hari raya. Selalunya seminggu sebelum raya, kami yang berada di Johor ni akan tukar-tukar makanan sesama jiran tetangga dan juga sanak saudara.

Pada tahun ni Zarith sekeluarga buat nasi jagung, acar buah, kuah dalca tetel dan juga ayam masak merah untuk diberikan kepada mereka.

Masa di Germany dulu selalu masak nasi jagung ni tapi dalam kuantiti yang sedikit. Setakat untuk 3 orang makan 2 kali. Tapi semalam agak mencabar sebab masak 3 cawan beras. Tapi Alhamdulillah jadi juga 😉

Jom lah kita intai resepi nasi Jagung Istimewa ni..

Resipi Nasi Jagung

Bahannya

  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan air jagung (tapi air jagung dari tin tu)
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tin jagung manis
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 incin kayu manis
  • 1 kiub perasa ayam
  • garam secukup rasa

Caranya :

  1. Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  2. Selepas itu masukan air, air jagung,susu,kiub perasa ayam, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.Kemudian masukkan nasi kacau sedikit dan alihkan kedalam rice cooker.
  3. Apabila nasi hampir masak masukkan jagung kedalamnya dan kacau bagi sebati sedikit, kemudin tunggu nasi masak.
  4. Bila nasi sudah masak barulah nasi digemburkan sedikit.
  5. Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda :))

CATATAN :

Jangan kacau nasi ketika dalam proses memasak, ini akan menyebabkan nasi patah2. Lagi satu, nak kata, bila nasi dah cukup tanak, gamburkan nasi dengan chop stick, cukup dengan membalikkan nasi 2 – 3 kali sahaja. Jika terlebih sangat, ini pun boleh menyebabkan nasi patah2….

Selamat mencuba!!!….

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Snow Pudding Lezat Dan Simple

Pencarian resepi :

Resepi Nasi Jagung Paling Populer Yang Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *