Assalamualaikum w.b.t..

Resepi Nasi Lobak Merah Ringkas : Mintak maaf semalam tuan umah tak bisa tidur? 😀 Pagi ni pulak terbangun lmbt, sian my laling tak bwk bekal ari ni, sib baik kidsnyer bekal sempat buat itu pun buatkan yg paling senang yg leh siap dlm masa 45 minit! pheewwww….

Jemput tengok jer lah lauk2 kat atas tuu sbb dah buat semalam nii lahhh 😀 Jemput tengok sume!! REsepi kat bwh bersama dgn link.. Hari ni nak tido 😀 aaarrgghhhh! tak leh tido sbb ada urusan seri paduka baginda jap lagi nii haish! Ok sume, happy weekend!!!

Nasi Lobak Merah

Bahan-bahannya

  • 2 cawan beras Basmathi (rendam selama 1/2 jam)
  • 3 cawan air
  • 1 batang lobak merah (disagat/ potong halus)
  • 2 sudu besar serbuk perencah sup adabi
  • 3 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 kumtum bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1/2 kiub perasa ayam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, serbuk sup dan bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau wangi.
  2. Selepas itu masukan lobak dan air, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.
  3. Masukan bahan yang dimasuk kedalam rice cooker yang telah diletak beras yg direndam tadi. Kacau sekata. Dan biar nasi hingga masak.
  4. Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda 🙂

tadaaa ringkas kan,,, Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: 4 Faedah Makan Ayam Untuk Bayi Dari Segi Kesihatan

Resepi Nasi Lobak Merah Ringkas Wajib Dicuba

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *