Nasi Tumpang dari Kelantan : satu lagi hidangan tradisional orang Kelantan.. Nasi tupe atau dalam Bahasa Malaysianya disebut Nasi Tumpang.. Iaitu nasi yang ditanak lembik yang dibungkus dalam kelongsong daun pisang semasa masih panas.. Biasanya dilapisi dengan lauk gulai udang dan serunding..Kemudian ditekan2 sehingga kemas dan padat..

Nasi Tumpang

Bahan-Bahan:

  • ½ kg beras
  • 1000ml air
  • 6 helai daun pisang

Bahan Gulai Ikan:

  • 200gm ikan kembung
  • 2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
  • 2.5cm lengkuas – dikisar halus
  • 6 ulas bawang merah – dikisar halus
  • 4 biji cili kering – dikisar halus
  • 500ml santan pekat
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar:

  • 5 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 50gm daun bawang – dimayang
  • 1 biji cili merah – dimayang
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
  2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
  4. telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
  6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.
  7. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.

Step dia …aku dengar cam susah je…tapi bila tengok yang dah siap..bila buka..nampak isinya…rasanya x la susah sangat…tapi mak aku kata kena la rajin & sabar…. Selamat Mencuba

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: RESEPI NASI ULAM UTARA Paling Sedap

Nasi Tumpang Dari Kelantan Paling Sedap Dan Simple

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *