Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak masak Resepi Sup Kepala Ikan Merah. Biasanya kalau ikan merah mesti masak asam pedas ataupun kari. Kali ni masak sup atas permintaan suami. Macam biasalah sup tak sedap kalau tak di gandingkan dngn sambal kicap. Bila makan maunya berpeluh2 di buatnya. Resepi ikan masak sup ni mudah je. Kalau ada yg nak cuba tu silakan. Resepi mmng utk di kongsi bersama. Jom semak resepi mudah ni.

 REsepi Sup Ikan Merah

Bahan-bahan Resepi Sup Ikan Merah

  • Seekor Ikan Merah (yang sederhana)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • kentang dan tomato – dipotong
  • daun sup / daun bawang
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan Sup Ikan Merah

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga
    lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih sebelum dimasukkan ikan.
  3. Kemudian masukkan garam dan kalau nak kuah lebih, sila tambah air ye…
  4. Seterusnya masukkan kentang sehingga empuk kemudian baru masukkan tomato, biarkan sekejap dan tutup api. Siap untuk dihidangkan dan tabur daun sup/daun bawang…. Mudah jer kan…..

Selamat mencuba bagi yang pertama kali macam saya. Sup ikan merah macam ini memang sesuai dimakan jika anda adalah seorang ibu sedang berpantang. Nak buat lauk pertama bayi berusia 8bulan pun boleh juga.

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: Resepi Mudah Ayam Tandoori Dan Sangat Sedap

Pencarian resepi :

Resepi Sup Kepala Ikan Merah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *