Assalamualaikum..
Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum: Alhamdulillah jumpa lagi…Tapi maaf, tak sempat lagi nak ronda2 dapur maya yang pastinya meriah dengan hidangan2 yang lazat.Saya cuba toleh belakang pelan2, membelek resepi2 yang lama dah dibuat, tapi tak terpost2 kat sini..

Berkongsi resepi ikan bakar yang simple ni, tapi cukup enak untuk di buat hidangan seisi keluarga.Bahannya cukup ringkas, rugi kalau tak mencuba
Berikut resipi yang boleh dicuba…

 Resepi Ikan Siakap Bakar + Rempah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar-dibersihkan
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus(saya tak letak tak de stok)
  • 2 helai daun limau purut-hiris halus

Bahan-bahan dikisar bersama:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-hiris
  • 3 kelopak bunga kantan-hiris halus
  • 1 sdm cili giling-nak pedas ganti dengan cili padi
  • 1 sdb rempah kari ikan
  • 3 sdm air asam jawa
  • 1 sdb kicap pekat
  • Sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • Gula,garam secukupnya
  • Sedikit air
  • Serbuk perasa-saya tambah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau dan kacau pecah minyak.Tutupkan api.
  2. Sementara itu,sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang untuk bau lebih harum).Tuangkan kesemua perencah tadi diatasnya.Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut kemas.Perapkan sebentar selama 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.Saya bakar selama 30 minit dengan suhu 200 darjah celcius.Kemudian saya bukakan pembalut dan tambah lagi masa selama 15 minit supaya kering sedikit.
  4. Semasa menghidang,perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi….sedap sangat.

TIPS:

  • Untuk membakar ikan biasanya dalam masa 20 minit, ikan telah siap di bakar menggunakan pemanggang ajaib. MA terbalikkan setiap 4 minit & lumurkan dengan lebihan sambal pada ikan. Ini untuk ikan yang bersaiz sederhana.
  • Untuk pastikan isinya betul-betul masak, check sama ada isinya telah boleh bercerai drp tulang bila di cungkilkan sikit dengan garpu.

Wah..bukan main lagi tajuknya..Tapi memang sedap ikan siakap bakar ni
rasanya lebih kurang, sedap..hehe..Selamat Mencuba=)

Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya di alam internet ini,yang mana telah saya nyatakan sumber perolehannya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya…

Read More: 5 Petua Masak Ayam Cepat Empuk yang Perlu Anda Cuba !!!

Pencarian resepi :

Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *